Sunday, June 12, 2011

‎Nie aku nk kbo ke Mung,aku bangga jadi orang Tranung

Ak sebenarnya lahir kat Perak tp dah lama duk sini so boleh kata dah jadi org ganu lah kot. Haha. Apa2 pun syabas dan tahniah kt awok2 tganu sebab menang piala FA dan se lagi menang SUKMA. Kemenangan berganda semalam. Tahniah. dan Kelantan cuba lagi untuk piala FA tahun depan. Haha.




Ak pergi sana pun sebab Ahmad Said yg tanggung semua untuk rakyat Tganu pergi tengok kt stadium. Tiket bola ngn bas semua free. Ahmad Said sponsor 30 ribu keping tiket untuk org tganu. Sekali ngan sponsor bas ak dop tahu r berapa habis.


Tolok dari Dungun dalam pkul 11 hari jumaat. Sampai dinu pukul 8 pagi. Sakit pinggang2 belok punggung2 duk lam bas lama2. Haha. Sampai2 dengor taklimat dulu. Bigboss kbo sebelum tunggu perlawanan tuh ye bagi bebas ntuk awok2 g jalan lu mana2. Pukul 5 kena kumpul semula kat stadium. Oleh tu kiteorg pun trus naik lrt pergi pusing2 kl. Sebelum tu isi perut dulu makan roti canai kt kedai mapler. Lepas makan pergi jalan2 kat Plaza Low Yat. Pergi cuci2 mata je. Masa tu jugak ada Angry Bird Showdown. Penuh sesak ngan orang. Naik pening kepala ak. Macam2 aktiviti ada. Tapi ak x join pun. Then pergi jalan2 kt Times Square plak. Memang nak tercabut lah kaki ak masa tu. Asyik berjalan je. Dinu kteorg pergi tengok citer KL Gangster. Perghh memang best lah citer nih. Tahniah Sol sbb citer ni dah mengatasi cter Kongsi yg bagi ak ntah apa2 aka paling teruk pernah ak tengok. Failed ! Haha.


Mase ni baru sampai kat stadium

Ni kat Times Square

Lepas habis tengok KL Gangster, lebih kurang pukul 4 kteorang balik semula kat stadium. Mase naik lrt pergi sana dalam lrt tu dah penuh dengan penyokong2 Kelantan. Orang2 kt KL memang ramai asal dari Kelantan ke hah ? Sampai je kt stadium tu perghh penuh dengan orang. Mula2 tu nampak penyokong Klantan je ramai. Naik atas sikit barulah nampak penyokong2 tganu. Memang penuh ngan orang. Meriah gilerr. First time ni pergi tengok bola kt stadium dan first time jugak ak jejak kaki kat stadium tu.



Lebih kurang pukul 6.30 lepas jamak solat asar ngn zuhur kteorg pun masuk lam stadium. Masuk je dalam tu dah penuh dengan orang. Punyalah bising. Tapi memang meriah gile. Masa tu ak memang rasa mengantuk gile sebab sharian tak tidur. Bola start pukul 8.30 tp pukul 6.30 dah masuk. Letih menunggu. Dan banyak kali jugak ak tersenguk kat dalam tu. Ak tengok dalam stadium tu penyokong Klantan lebih ramai dari Tganu.

60% Klantan

40% Tganu.

Bila dah bunyi wisel sepak mula barulah mata ak ni dah x rasa mengantuk. Layan je tengok sampai habis masa. Duk dalam tu org jerit ak pun jerit org lompat ak pun lompat. Memang syok habis r. Sampai minit ke 70 masih xde gol dijaringkan. Namun bila dah masuk minit ke 80 Kelantan berjaya menghasilkan gol. Masa tu penyokong2 Kelantan dah bising bersorak dan Tganu pulak dah senyap. Haha. Masa dah nak habis perlawanan ak tengok ramai yg dah keluar dari stadium sebab dah rasa team mereka kalah. Tapi pada minit2 masa tambahan Tganu berjaya menyamakan kedudukan melalui gol sendiri oleh Daud Su. Terima kasih Daud Su. Haha. Ak tengok semua penyokong2 Tganu dah masuk stadium balik. Yang panjat keluar pun panjat masuk balik. Haha.


Mase tu penyokong2 Tganu plak bersorak-sorak dan Kelantan pulak yg senyap. Perlawanan disambung ke masa tambahan. Separuh masa tambahan pertama masih terikat 1-1. Masuk separuh masa tambahan kedua pada minit ke-108 Tganu berjaya menjaringkan gol melalui Ahmad Nordin Alias. Kedudukan Tganu 2 Kelantan 1 sampailah wisel penamat dibunyikan. Penyokong Tganu semakin kuat bersorak. Ade yg bukak baju ade yg lompat2. Penyokong Klantan pun dah ramai yang bla dari stadium.

ni tengah meraikan kemenangan..

Habis je bagi piala kteorg pun blah pergi cari bas ntuk balik. Dalam pukul 1 bru bas bertolak. Memang sesak gile traffic pun jem. Ak pun terus je tido sampai lah kat Dungun setelah 2 hari tak cukup tido tp semua tu berbaloi bagi ak. Peteh Ganu Peteh !!

Tahniah pemain2 tganu sebab mmpunyai semangat untuk menang yg begitu tinggi. Inilah yg kita mahu berjuang shingga wisel penamat dibunyikan. Dan jangan terlalu yakin seperti pemain2 Kelantan yg dah yakin akn menang dan main sambil lewa.


p/s : baru ade peluang ntuk ak update blog ak ni. Notebook dah rosak terpaksa lah guna laptop abg ak. Huhu. :(



No comments:

Post a Comment