Saturday, June 18, 2011

Pabila Netbook Ku Rosak



Minggu lepas ak salah terdownload satu fail. Fail apa pun ak tak tahu lah. Lepas terdownload tu tiba2 semua program yang berkait dengan internet tak leh bukak. Pabila ak tekan program2 tu ia akan terus ke IE. Ak restart pun tetap sama je. Apa punya virus lah ak terdownload tu.

Lepas tu abg ak suruh member dia format netbook tuh. Nak format pun tak leh. Yang malangnya lagi lepas tu langsung xleh bukak2 netbook tu. Geram betul ak. Dan sekarang ak nak online pun susah.

Ak dapat online pun gune telefon je. Kadang2 tu pakai psp. Kadang2 je dapat online dengan laptop abg ak ni. Tu pun time dia kluar or dia tidur. Disebabkan itu juga ak dah ketinggalan dalam menikmati keindahan melayan naruto dan one piece di manga. Begitu juga maharajalawak yang setiap minggu akan ku download. Citer2 baru yang ada pun tak lagi di download. Errghhhh geram betul lah !! Nak layan fesbuk lama2 pun xleh.

p/s : sedang menunggu mama ku membeli laptop baru untuk ku ! Haha. :D


Friday, June 17, 2011

HAHAHAHAHA !! Laugh Over Laugh


Speechless.Wordless.Talkless.Thinkless. So just smile and laugh again and again !! :) :D
Hahahaha !!

Tuesday, June 14, 2011

SEDIH KECEWA DAN HAMPA


Arghhh itu lah perasaan ak sekarang ni. Rayuan upu dah kuar pukul 12 tengahari tadi. Apa2 pun ak tak jugak dapat rayuan tu. Hmmm sedih gilerr. Tapi takpe lah. Ak kena kuatkan semangat ak. Itu bukan tanda ak gagal dalam hidup ak. Ak akan berusaha untuk berjaya. So ak akan masuk Politeknik Sultan Ahmad Shah bulan 7 ni dalam kos kejuruteraan mekanikal. Ak berjanji akan belajar rajin2. Xnak dah main2 masa zaman sekolah dulu.

Jadi ak nak nasihat kt budak2 sekolah yg terbaca post ak ni jangan lah main2. SPM sangat penting. Sekarang ak nak menyesal pun xde guna dah. Ak dulu zaman2 sekolah memang kuat main. Baca buku pun x. Keje sekolah memang jarang buat. Dalam kelas tu kire ak la pelajar paling bermasalah. Sekarang semua member2 sekelas ak dah belajar kat universiti masing2. Tinggal ak sorang je yang masih terhumban-hambin kat rumah ni.

Apa2 pun sekarang ak ingin berubah. Ak akan belajar rajin2 nanti. Ak xnak dah kecewakan perasaan mak dan ayah ak. Ak tahu mereka nak sangat tengok ak masuk universiti tp ak tak dapat memenuhi impian mereka tu. Ak terima dengan nasib ku dan ak redha. Ak tahu tiap2 kejadian ade hikmahnya. Kat mana2 pun kite bleh mencipta kejayaan. Yang penting usaha.

Oleh itu, ak akan berusaha !! Ak nak ubah nasib keluarga ak. Dan memenuhi segala impian ak ! :)


p/s : Usaha lif kejayaan. Dimana ada kemahuan di situ ada highway.

Sunday, June 12, 2011

‎Nie aku nk kbo ke Mung,aku bangga jadi orang Tranung

Ak sebenarnya lahir kat Perak tp dah lama duk sini so boleh kata dah jadi org ganu lah kot. Haha. Apa2 pun syabas dan tahniah kt awok2 tganu sebab menang piala FA dan se lagi menang SUKMA. Kemenangan berganda semalam. Tahniah. dan Kelantan cuba lagi untuk piala FA tahun depan. Haha.




Ak pergi sana pun sebab Ahmad Said yg tanggung semua untuk rakyat Tganu pergi tengok kt stadium. Tiket bola ngn bas semua free. Ahmad Said sponsor 30 ribu keping tiket untuk org tganu. Sekali ngan sponsor bas ak dop tahu r berapa habis.


Tolok dari Dungun dalam pkul 11 hari jumaat. Sampai dinu pukul 8 pagi. Sakit pinggang2 belok punggung2 duk lam bas lama2. Haha. Sampai2 dengor taklimat dulu. Bigboss kbo sebelum tunggu perlawanan tuh ye bagi bebas ntuk awok2 g jalan lu mana2. Pukul 5 kena kumpul semula kat stadium. Oleh tu kiteorg pun trus naik lrt pergi pusing2 kl. Sebelum tu isi perut dulu makan roti canai kt kedai mapler. Lepas makan pergi jalan2 kat Plaza Low Yat. Pergi cuci2 mata je. Masa tu jugak ada Angry Bird Showdown. Penuh sesak ngan orang. Naik pening kepala ak. Macam2 aktiviti ada. Tapi ak x join pun. Then pergi jalan2 kt Times Square plak. Memang nak tercabut lah kaki ak masa tu. Asyik berjalan je. Dinu kteorg pergi tengok citer KL Gangster. Perghh memang best lah citer nih. Tahniah Sol sbb citer ni dah mengatasi cter Kongsi yg bagi ak ntah apa2 aka paling teruk pernah ak tengok. Failed ! Haha.


Mase ni baru sampai kat stadium

Ni kat Times Square

Lepas habis tengok KL Gangster, lebih kurang pukul 4 kteorang balik semula kat stadium. Mase naik lrt pergi sana dalam lrt tu dah penuh dengan penyokong2 Kelantan. Orang2 kt KL memang ramai asal dari Kelantan ke hah ? Sampai je kt stadium tu perghh penuh dengan orang. Mula2 tu nampak penyokong Klantan je ramai. Naik atas sikit barulah nampak penyokong2 tganu. Memang penuh ngan orang. Meriah gilerr. First time ni pergi tengok bola kt stadium dan first time jugak ak jejak kaki kat stadium tu.



Lebih kurang pukul 6.30 lepas jamak solat asar ngn zuhur kteorg pun masuk lam stadium. Masuk je dalam tu dah penuh dengan orang. Punyalah bising. Tapi memang meriah gile. Masa tu ak memang rasa mengantuk gile sebab sharian tak tidur. Bola start pukul 8.30 tp pukul 6.30 dah masuk. Letih menunggu. Dan banyak kali jugak ak tersenguk kat dalam tu. Ak tengok dalam stadium tu penyokong Klantan lebih ramai dari Tganu.

60% Klantan

40% Tganu.

Bila dah bunyi wisel sepak mula barulah mata ak ni dah x rasa mengantuk. Layan je tengok sampai habis masa. Duk dalam tu org jerit ak pun jerit org lompat ak pun lompat. Memang syok habis r. Sampai minit ke 70 masih xde gol dijaringkan. Namun bila dah masuk minit ke 80 Kelantan berjaya menghasilkan gol. Masa tu penyokong2 Kelantan dah bising bersorak dan Tganu pulak dah senyap. Haha. Masa dah nak habis perlawanan ak tengok ramai yg dah keluar dari stadium sebab dah rasa team mereka kalah. Tapi pada minit2 masa tambahan Tganu berjaya menyamakan kedudukan melalui gol sendiri oleh Daud Su. Terima kasih Daud Su. Haha. Ak tengok semua penyokong2 Tganu dah masuk stadium balik. Yang panjat keluar pun panjat masuk balik. Haha.


Mase tu penyokong2 Tganu plak bersorak-sorak dan Kelantan pulak yg senyap. Perlawanan disambung ke masa tambahan. Separuh masa tambahan pertama masih terikat 1-1. Masuk separuh masa tambahan kedua pada minit ke-108 Tganu berjaya menjaringkan gol melalui Ahmad Nordin Alias. Kedudukan Tganu 2 Kelantan 1 sampailah wisel penamat dibunyikan. Penyokong Tganu semakin kuat bersorak. Ade yg bukak baju ade yg lompat2. Penyokong Klantan pun dah ramai yang bla dari stadium.

ni tengah meraikan kemenangan..

Habis je bagi piala kteorg pun blah pergi cari bas ntuk balik. Dalam pukul 1 bru bas bertolak. Memang sesak gile traffic pun jem. Ak pun terus je tido sampai lah kat Dungun setelah 2 hari tak cukup tido tp semua tu berbaloi bagi ak. Peteh Ganu Peteh !!

Tahniah pemain2 tganu sebab mmpunyai semangat untuk menang yg begitu tinggi. Inilah yg kita mahu berjuang shingga wisel penamat dibunyikan. Dan jangan terlalu yakin seperti pemain2 Kelantan yg dah yakin akn menang dan main sambil lewa.


p/s : baru ade peluang ntuk ak update blog ak ni. Notebook dah rosak terpaksa lah guna laptop abg ak. Huhu. :(



Wednesday, June 8, 2011

Kungfu Panda 2

Semalam aku pergi MesraMall ngan abang ak dan member2nye. Tengok citer Kungfu Panda 2 : 3D. Citer ni memang x menghampakan r sama jugak mcam yang pertama tu. Memang puas hati la kalu tengok. Tapi 3D dye xbrape best sebab lebih kurang sama je kalu tengok yang biasa. Terasa rugi plak. Haha.


Macam yang sebelum nih sikap panda yg bodoh nih r yg buat citer ni jadi lawak. Gelak sakan ak lam panggung semalam. Tp kungfu dia memang hebat. Haha. Citer yang ke2 ni criter pasal dia ngan geng2 dia pergi selamatkan China dari Lord Shen. Lord Shen ni seekor merak je tapi jahat ! Xpndai mane pun kungfu tp hebat atas senjata dia je iaitu meriam. Dia nak kuasai China. Namun hasratnya xberjaya sbb berjaya dihalang oleh panda gemuk tuh. Haha.

Satu lagi yang best yang ke2 ni ada criter pasal asal usul panda tu masa kecik. Ak nak katakan disini panda gemuk tu masa kecik mmg cute ! Lord Shen ni r yang bunuh mak ayah panda tu. Sebab tu r panda gemuk tu mengamuk sampai berjaya blaja skill baru. "Inner Peace" Selamber2 je panda tu tangkap peluru meriam Lord Shen.

Ape2 pun ak yakin tahun depan akan ada Kungfu Panda : 3. Xthun depan pun 2 tahun akn datang. Sebab last2 citer tu dia tunjuk ayah panda gemuk tu. Rupa2nya ayah dia masih hidup. Emak dia xtahu hidup ke x. Ini mbuat ak tak sabar2 nak tunggu sambungannya. Haha.

Mana2 yang x tengok lagi citer ni boleh la pergi tengok kt mana2 pawagam yg terdekat. Mmg xrugi kalu tengok. Confirm puas hati !


p/s : sedang menunggu Transformer : Dark of The Moon !!!!!!! dan tak lupa KL Gangster !!

Monday, June 6, 2011

STOP HOPING ON SOMETHING THAT NOT SURE BE YOURS



"Berhenti berharap pada sesuatu yg tidak pasti menjadi milik kamu ". Itulah pesanan diri ku kpd diri ku sendiri. Haha. Nak ambik pesanan nih ntuk diri korang sendiri pun boleh jugak. Mengapa ak post camni ? Sebabnya malam ni ak nak luahkan sikit prasaan ak nih. Mood : EMO. Haha. Ceritanya bermula begini. Pada suatu hari burung2 berkicauan hari tu. Ade yg berkerja, ade yg bergembira. Eh2 mcm Usop lah plakk. Haha.

Begini criternye. Dulu time2 skolah ak ada kenal sorang prempuan nih. Nme dye *tuuttt. First kenal kat friendster. Time dulu2 friendster lah top. Pahtu kenal2 la kat skolah plak. Ko tengok muke ak, ak tengok muke ko. Dah kenal2 mcm tu mintak lah nombor tlefon. Kerap jugak lah b'msg. Time tu ak anggap dia nih kawan je. Sekarang umur ak dah 18 maknanya kteorg dah b'kawan lebih kurang 3 tahun. Pandai2 lah kira brape umur ak
start kawan ngn dia. Haha.

Sebelum ni ak anggap dia nih BESTFRIENDFOREVER ak jer. Sebab dia ni mmg baik lah ngn ak. Xsombong dan pramah lah orgnya. Tiap kali ak ada masalah dia la tempat aku luahkan perasaan ak. Dia jugak banyak bagi nsihat dan skongan kat ak. Memang best r kawan dgn dia ni. Ceria je hidup kalu ada dia.



Tapi sekarang, prasaan yg selama ni ak anggap kawan dah b'tukar jdi perasaan suka mcm seorg kekasih pulak. Mungkin aku dah jatuh hati dengan dia. Opppsss ! Ak memang suka tengok muke dia. Lebih2 lagi bila dia senyum. Dengan mata sepet nye tu errr ! comel plak ak tengok wlaupun sebenarnya ak ni lebih suka kt prempuan yg berkaca mata. Betul lah tu cinta itu buta. Tapi yang paling comel bila dia buat mulut muncung dia. Pergghhh cantik der. Haha. Mungkin cara dia layan ak selama ni yg buat ak tertarik dengan dia.

Perasaan ni ak penah jugak luah kat dia tp dia mcm buat derkk je. Kate ak gurau la, main2 la. Walaupun masa tu ak tengah serius. Last2 dia alih topik lain. Hermmm. Apakah dia takde apa2 perasaan kat ak ? Mungkin dia hanya anggap ak ni setakat bestfriends dia je kot. Ak ni kot yg SS( Syok Sendiri ). Haha. Lepas tu ak pun buat rilex2 je lah. Msg2 mcm biasa. Kalu xmsg dia sehari mmg sunyi r ak rasa. Dan nset ku juga pasti tidak berbunyi sebab ak msg pun dengan dia sorang je. Msg inbox tu kalu scroll dari atas smpai bawah nama dia je yg ada pun. Kalu xcayer sudah ! Haha.

Sampai sekarang ak masih menaruh perasaan kat dia. Apa patut ke ak menaruh perasaan kpd dia lgi. Atau ak patut lupekan je perasaan tu. Tp boleh ke ? Hmmm kalu bab-bab perasaan ni ak mmg xpenah main2. Bila ak sayang org tu mmg ak sayang gile2 r. Xcayer ? Hmmm suka hati korang lah. Haha. Aku mmg xske main2 lam bab-bab yg mlibatkan perasaan mcm ni. Sekarang ni apa ak patut berhenti je berharap kepada dia. Atau ak patut anggap dia kawan baik sahaja sperti mana dia jugak mungkin menganggap ak sdemikian. Hmmmmm.

Yeaa ! Memamg itu yg ptut ak lakukan. "STOP HOPING ON SOMETHING THAT NOT SURE BE YOURS". Concentrate kat study dulu lah. Nanti dah habis belajar, dah ada duit ak nak pergi pinang dia ! Itu pun kalu takde yg masuk lagii la. Haha.



p/s : Thanks. Shukriya. Shukran. Grasias. Terima Kasih pada sape hok sanggup bace post mengarut ak ni. Haha.


Sunday, June 5, 2011

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN e-RAYUAN KEMASUKAN KE IPTA PADA MINGGU KE-3 JUN 2011


Tiap kali lepas solat ak slalu berdoa spaya rayuan ak nih diterima. Ak nak masuk U !! haha. Ya Allah makmulkan lah doa2 ku. Ni ak nak citer cket. Mase check upu dlu bile diberitahu ak tak berjaya masuk u memang ak frust+sedih+kecewa giler r. hmm kire semua ada lah. Mase tuh semangat giler duk tggu pukul 12.00 nak check kputusan upu. Yelahkan bila impian nk masuk U xtercapai kan. Sape x sedih. Kalu yg xde impian tuh mmg tak rase ape2 rr. Ape2 pun ak berharap sangat rayuan ak nih diterima.


Kalu xdapat jugak rayuan nih nampaknye hala tuju ak kat Politeknik Sultan Ahmad Shah(POLISAS) lah jawabnye. 5/7 nih masuk daftar. Tp satu ape pun ak xbeli lagi nih. huhuk.


Alahaii perut ku dah berbunyi. Nampaknye kne pergi cari mkan dlu nih. Bye2.